PAC PTD 2016 INTIM : Struggle-UJIAN UKJK BERMULA!

**Catatan ini untuk bukan tips pac ptd tetapi sekadar rekod persendirian dan pengalaman melalui pac ptd yang dijalankan. Saya bergembira jika dapat membantu dan dijadikan rujukan secara am tetapi ketepatan maklumat tidak dijamin**


20 february 2016- bersambung lepas registration tadi...

bila berkenalan dengan orang keliling, rata-rata banyak yang dari Pantai Timur macam Kelantan, Terengganu and Pahang, manakala hampir separuh lagi orang-orang KL yang sesat kena masuk ke INTIM juga. hahahah. BIG CLAP sebab tetap rasa bangga kan walaupun banyak yang dari KL jauh(ada yang lagi jauh), masing2 tetap datang jalan ujian PAC (walaupun ada yang gemuk macam saya.hehe). dan  disebabkan keberatan jisim badan, UKJK adalah penanda penting untuk kami yang berjisim lebih ni......



Masuk ke dalam dewan 
(kandang tempat kita berlumba nanti okey)

Register tadi di blok eksekutif di tingkat bawah-tingal beg di bilik 1004- naik atas 1 tingkat ke dewan

Apa2 pergerakan nanti Jangan terhegeh hegeh/ datang lambat/ jalan slow. tunjuk sikit kita ni minat nk jadi PTD ..jangan nampak mcm datang untuk ujian nak jadi sipot okey. bad image nanti. Ada satu masa budak yang masuk paling last kena tegur sebab dah la masuk last, jalan slow2 pulak tu fesi kata.

PAC ni tak la stressful bahkan enjoy sebab calon yang hadir banyaknya semua berdaya saing tinggi tapi tak kedekut ilmu.JUJUR saya kata (atau mungkin saya yang bertuah). Ramai yang kita akan kenal nanti walaupun kebanyakannya kita tak ingat nama.Kadang apa yang buat kita lupa stress PAC PTD adalah kawan2 kat keliling kita tu. 

Siap ade yang bawak air extra dan makanan extra incase ade kawan nak pengsan or gastrik. Suci betul niat. Tapi jujur... 2 jam sebelum pac wajib makan. takyah la taklalu nak makan bagai cause u will need it (tapi memang nafsu makan ku hilang teruih nak sejak langkah masuk dewan).. air botol INTAN tak bagi sepatutnya, tapi untuk sesi kami tiba2 dia kata dia okey kalini mereka belanja air sorang sebotol lepas habis buat beep test nnt. jadi semua dapat lah air! 

In the future ingat voice out cari geng2 watsapp group PAC2 ni ok!
Masa sebelum saya sampai INTIM, terus terang saya tak tahu wujud pulakkkkkk rupanya watsapp group "perkumpulan calon-calon PAC PTD sesi 2016" adui...rugi betul
bagus okey group tu sebab dalam tulah masing2 mula kongsi tips2 ujian, siapa nak carpool, tido mana best dan pengalaman lepas yang mcm2. FYI, dalam tu selonggok semua yang dari sesi 1 sampailahhh ke sesi 6 2016 (according to member PAC ade 6 sesi in total)..kami sesi ke 4 dah. So bila sembang barulah kawan tu add kita masok dlm watsapp group..tapi sebab bila lambat masuk x dpt lah baca msg lepas2, jadi kawan bagi briefing sikit tips2 nak lalui apa nanti (tak kedekut ilmu kan?) - sharing is caring-

Hafal lah nombor badan kita. 
Saat kita sarungkan nombor giliran dibadan, kita akan hilang nama untuk 2 hari 1malam.... jadi kena alert bila ada pegawai pangil kita by number. Blur2 is not so cool nanti. masatu kita kan jadi diplomat diri sendiri. Semua tempat kena pakai kecuali masa tidur nanti (jangan hilang okey). Tak pelik sebab memang biasa pegawai pangil kita by number


Ni gambar dari blog muafakatmembawaberkat.blogspot.com sekadar cth nombor giliran badan yang jangan hilangkan 



DEWAN UKJK Ini kawasan didalam dewan, sebab saya suka kaler2 grafik gambar sebab mudah untuk saya ingat dan orang faham...
view bila kita masuk dalam dewan INTIM (gambar dari website intan)

SEMUA ZONE DALAM DEWAN:   Ok,senang nak explain bila ade colour kan.... ZONE1: kawasan kerusi duduk menunggu (dengar briefing), ZONE2: ambil berat-tinggi-dan ujian duduk dan jangkau   ZONE3:kawasan duduk beratur sebelum naik ke no4.. ZONE4: jumpa doktor dan ambil Blood pressure ZONE5: gelanggang aktiviti curl up dan beep test

Briefing session bermula sebelum UKJK!

ZONE1 Kami semua duduk di ZONE1 kalau ikut gamba atas tu.
Heheee masuk dewan betul-betul depan pintu ade kerusi-kerusi yang kami semua duduk menunggu tiba pukul 8.30. 

8.30 sharp, briefing dimulakan. Pegawai kenalkan diri, dan memaklumkan yang sesi 4 sepatutnya ada lebihkurang 250 calon tetapi hanya ada dalam 150 yang hadir (mungkin ada yang fikir tak lepas BMI,hamil, jauh atau ada apa2 hal lain)

Antara isu kandungan yang di brief pegawai INTIM adalah selfie tidak dibenarkan sepanjang ujian PAC PTD . arghhhhhh. so sorry guys. Jangan lah tanya mana gambar2 ektiviti okey....tapi adelah  afew gambar yang dapat dari orang2 yang pernah pergi sebelumni kalau nk di share sikit pon. tak tahu laaaa mcm mana diorg dapat ambil gambar. mcm spy negara siam betul hehehe. so bateri phone boleh tahan lama.
Jika ade yang alergik pada makanan, ade sakit tertentu, baru operate atau hamil kena inform INTIM. Baru operate atau hamil tak perlu buat ujian beep test! Cuma perlu buat berjalan kaki selama 6minit sahaja.

ZONE2
UJIAN PETAMA: Ukur tinggi dan Berat

Masa nak diukur tu, dia akan pangil range nombor katakan dari 001 ke 060 datang sekarang..walaupon nombor kita 050, jalan je laju2 ke depan (be among the earliest dan jangan slow jalan mengensot k) 
pegawai jabatan kesihatan akan timbang berat badan pakai penimbang digital so keluar dah number tu siap2 
tapi tinggi ni hasil dia lain2 sikit sebab kebanyakan orang kata bila ukur tinggi, dapat hasil lebih kurang tambahan 1 cm lebih gitu. ini dah bonus utk yg BMI atas pagar! Sebab pegawai kesihatan tu tak tekan teruk2 atas kepala masa ukur tinggi tu. INI SEMUA REZEKI MASING-MASING. sebab beza tinggi sikit pun dapat ubah bmi banyak.

sebab tu Kalau berat kita LEBIH BMI or terkurang lalui je ukjk .....
BMI ni issue sangat kan bila ambil exam ni. Ramai bersembang isu ni sebab BMI tak lepas je tarik beg balik la jawabnya (or that was what i heard all along), betul. tapi buat je ujian UKJK walaupon BMI lebih. kalau fail xpe, tapi kalau lulus?? tak ke rugi... mcm kes dpt bonus lebih tinggi tadi lah.
Tapi saya kenal seorang yang ikut BMI dah 31 -lulus sebabbbbb dia counter di ujian ukjk lain dengan sangat bagus! so guys, BMI lemah tu subjektif jadi memang sepanjang ujian PAC hati banyak berdoa sebab semua ni takdir rezeki dr Allah. kita jalankan je yang terbaik.


ZONE2:
UJIAN DUDUK DAN JANGKAU
Ujian ni nak test kelenturan otot belakang dan hamstring kata mereka. alah, ujian yang kena lunjur kaki dan pegang hujung kaki tuuuuu. I AM LEMAH part ni.hahahahha. Jap ehhhh google gambar jap. dia ade mcm kayu (tools yang dia pakai utk measure jarak kita tolak tu)


ok, ni gambar tool yg dia pakai,sebijik mcm ni! tangan pon kena posisi mcm tuuuu
(gambar hasil google dari sinarilmuuntuksemua.blogspot.com)
Pegawai brief, masa buat test ni kena sekali tolak je mengensot slow2 . tak boleh 2 3 kali try push lagi jauh. sebab nervous berdebar2 masa tuuuu rasa mcm boleh tolak lagi tapi sekali try je stop sebab takot tertolak 2 kali.hahhahhahah (sebab dia remind, kalau 2kali tolak terus FAIL!) gilaaaaa lah
kejap je,selesai 1 bahagiannn!

ZONE 3:
 Duduk tapi beratur untuk blood pressure test pula!
Lepas ujian berat dan tinggi, calon kena duduk di kerusi yang di susun tepi hall berdepan stage. Ingatkan duduk biasa2 rupanya duduklah kerusi paling depan sebab kedudukan di kerusi umpama beratur untuk buat ujian tekanan darah tu. so bila ada yang naik stage untuk cek bp(blood pressure) dan jumpa dokter, kita kena pindah kedudukan di kerusi ala2 beratur so kedudukan makin lama makin ke depan lah nanti. Masa ni boleh relexkan diri dengan berborak kawan2 keliling ... bukan nk hilang bosan tapi nak bagi debar hati tu kurang. 

ZONE 4
Blood pressure dan jumpa doctor

Bila naik atas stage, ade 1 meja pegawai yang akan guna calculator dan kira BMI kita (as in berat dan tinggi yang dia dah ukur awal2 tadi) . Lepastu bawa borang tu jumpa nurse yang check BP. Kelakar masatu naik BP tinggi! maklumlah gatal pergi lari nak ke nurse tu tadi. Nurse yg saya dapat kat meja c. Total ade 3 nurse dan 3 doctor atas stage (dalam gambar dewan tadi ditanda meja a,b dan c) jadi kita pergi je mana-mana meja yang kosong. Berbalik pada BP yang tinggi, nurse tu baik berborak kata "amboii tingginya BP, sebab lari ke nervous ni" hahahhahaha tipu la tak nervous. orang tak lalu mungkin tak paham apa yang nak di nervouskan sangat tapi masatu dengan taktahu nak expect apa, BMI tinggi dan ada posibility kena tarik beg balik kalau fail UKJK. so dalam kepala pikul rasa kena buat UKJK baik2. 2nd take lepas dia borak BP turun sikit jadi 104. okey la kot...terus lps tu pergi ke meja dokter yang kosong (masa tu di meja b) sekadar cek bunyi jantung dan cerita jika ada sejarah kesihatan lepas...

lepas turun, duduk sekejap je kat zone 3 balik, lepastu dia pangil siapa yang dah siap (tak kira lah nombor berapa pon angka giliran,asalkan dah selesai jumpa nurse dan dokter)


masuklah ZONE 5
Untuk ujian Genggaman tangan

Yang dah selesai kedepan, beratur 2 barisan, ikut dari nombor giliran terkecik ke besar. Seorang demi sorang kedepan dalam barisan tadi untuk buat ujian ni..

Ujian  genggaman tanggan ni nk tengok kekuatan kita genggam je. Pakai tangan dominant genggam mesin dia dan akn keluar nilai kekuatan kita tadi. 1 kali genggam je sebab kalau 2 kali nk tekan akan FAIL. banyak betul situasi yang dia kata 2kali try fail ni,arduiii.hehhehe. 

ni mesin dia (ambil dr google k gamba ni)

Ni gambar tah dari sesi-sesi bila dalam gamba yang di share. Tapi cuba tengok tangan dia genggam mesin tu dalam bulatan biru. itulah dia

ZONE 5
Curl up @ Bangun tubi

Terus lepas habis 2 barisan tadi, kami berdiri di tepi sikit dalam gelanggang zone 5 tu. Dapat briefing cara curl up/seat up ni. WARNING!!! atau tips sikit kalau lain kali kena prektisss kat rumah

Rasanya memang mencabar test ni bagi yang ade spare tayar di perut nak seat up tapi situasi depan mata lihat ramaiiii okey yang kurus tak mampu buat.

Ini CARA dia suruh kita seat up tu..

gambar dari www.whyiexercise.com
akan ada 2 garisan kuning... posisi macam gambar atas. bila kita baring jari kita kena ada atas garis kuning pertama. bila kita bangun untuk seat up tu takboleh melambungkan badan naik atas (tangan tak boleh naik dari lantai) bukan posisi mcm kita bangun tidur tu. kena heret jari dari line kuning awal ke line kuning ke dua...tangan yang ternaik atau terlompat tak akan dikira. TIPs advantage adalah kaki kita. sebab kaki dia tak kisah kepit atau terbuka jadi pilih posisi selesa dan stabil sebab akan jd susah bila kaki kita asik ternaik sekali.hahahahahha. Giliran ikut siapa cepat tadi, jadi best kalau jd group ke 2 sebab antara yang awal (pemeriksa tak penat lagi) tapi sempat tengok mcm mana team pertama buat seat up. masa ni ada yang badan besar tapi banyak seat up yang berjaya. kalau tengok situasi ni, betul kata satu kawan PAC, stamina tak ikut berat. Bergantung pada prektis otot. 

Buat punya buat masa tu dapat 18 je!!! ohnoooo. dengar kata kena buat minimum 30 ah sudahhhhhh
tapi tu je boleh mampu nk buat. ade yang besar buat sampai 30(which is about 1 seat ups every 2 seconds)wow

Pengajaran masa buat test2 ni adalahhh:
1. Jangan sibuk tengok orang lain. Jangan Panic kalau kita je slow. sebab yang kita lawan is diri sendiri,mental betul time tu. (dan kalau org sebelah slow, kita jgn slow down jugak dan play safe)

2. Kalau nak curl up tu kena lah check breathing. jangan tak nafas, masa duduk tarik nafas okey


3. Kalau betul tak mampu, bangun jela walaupon terlompat tangan sebab kdg2 banyak pegawai ni baik2, dia faham jadi yang tak ketara tu tak lah asik nak dia cari kesalahan.


4. Dalam otak, target lebih sebab kalau target 30 dapat 18, target 40 ke.hahahah


5. 30 saat pertama paling,paling penting utk speed up sebab tenaga masih banyak. so kebanyakan hasil dipungut pada 30 saat pertama



Semua activity tadi bergerak serentak, tapiiii YANG AKHIR SEKALI dan juga yang paling mendebarkan, iaitu Beep test (Larian ulang alik 20meter) sebab setakatni, baru curl up je yang paling competitive kan, tapi lepasniiii akan dtg lah beeptest yang byk main otak

kena tunggu semua orang habis test. Jadi untung group2 awal sebab dapat makan2 dulu kalau lapar (tak digalakan yang berat sebab nak lari lepasni) atau pergi toilet, atau nak spray deep heat untuk otot, warm up ke stretching ke apa2lah. '

Beep test tu PALING PENTING.jeng jengggg  beep test niiii
jap.tapi post ni dah panjang, so cerita beep test sambung part2 pulak okey! fuuuu. oh part 2 lah baru share OH! dan ade dapat dari kawan (lps ukjk dah habis masa tu, bru tahu) ada beberapa markah criteria berapa kelulusan ujian-ujian tadi tu. aduiiii.


Comments

  1. salam...boleh saya tahu tak macam mana awk boleh join group wasap geng2 yg dapat pac?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya boleh tgk di fb.. kalau tulis ptd 2017 cth nya. Dlm2 tu akan ada yg ckp pasal group watsapp. Byk tips mereka tu nnt

      Delete
    2. Salam, blh pm emel tak? Sy dpt ujian pac 7hb kt intan... mana tau blh dhare pape (:

      fadhilah.kict@gmail.com

      Delete
  2. Salam.. nak tnya utk curl up tu klu kita buat badan bergerak ke belakang so jari akaan lari dr garisan kuning kan. So, blh betulkan kedudukan balik x. Sbb sy praktis buat mmg bdn bergerak x thla salah teknik ke ap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, blh pm emel tak? Sy dpt ujian pac 7hb kt intan... mana tau blh dhare pape (:

      fadhilah.kict@gmail.com

      Delete
  3. Salam,kalau pregnant kene inform diorang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sis. sis pregnant ke dulu masa pac? sis inform mcm mana ye? and boleh dapat tangguh ke?

      Delete

Post a Comment

Thanks! any thing, email me at umairahalias@gmail.com

Popular Posts